Friday, October 18, 2013

KISAH KEMBARA SAYA – Kenangan buat ABAH



Keluarga saya bukan berasal daripada keluarga berada. Tetapi ayah saya telah membawa keluarga kami keluar daripada lingkungan kemiskinan. Saya patutnya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai seorang ayah yang berjiwa dan bersemangat KENTAL. Dia menjadi IDOLA saya kerana walaupun dia tidak masuk universiti, dia telah berjaya meletakkan namanya di tempat yang tertinggi di bidang yang diceburinya iaitu takaful insuran. Dia juga telah menjadi IDOLA kepada ramai agen serta telah mendidik ramai antara mereka menjadi pemimpin agensi. MACAM MANA dia boleh sampai ke tahap begitu? Salah satu perkara yang saya perhatikan dari kecil ialah beliau suka membaca buku-buku motivasi seperti Zig-ziglar, Dale Carnegie dan banyak lagi nama tersohor dari luar dan dalam Negara. Serba sedikit ia telah mempengaruhi jenis bahan bacaan saya. Kerjayanya juga telah membawa beliau dan ibu saya ke serata pelosok dunia. Hah! Itulah pencetus minat saya untuk MENGEMBARA! Sebelum saya sambung kisah saya, saya minta tolonglah bacakan Alfatihah untuk arwah ayah saya, Md Taib bin Sadikoromo yang telah meninggal dunia di Hanoi pada 16hb Jun, 2012. Semoga rohnya dirahmati oleh Nya.
 

No comments:

Post a Comment