Ramai orang ingin melancong
tetapi impian terpaksa dibatalkan kerana kekangan kewangan, apatah lagi harga
minyak makin naik, harga barang melonjak serta perbelanjaan meningkat berkali
ganda. Tapi tahukah anda, pepatah Melayu juga ada menyebutkan “Jauh berjalan,
luas pemandangan”. Dengan melancung juga kita akan beroleh ILMU yang kita tidak
boleh dapati daripada buku. Kita juga rasa lebih BERSYUKUR apabila melihat
keadaan Negara yang lebih daif daripada Negara sendiri. Oleh itu saya ingin
berkongsi pengalaman saya dengan anda.
3 Tips pertama untuk melancong ke
luar Negara dengan cara yang MURAH dan TERKESAN:
- SELIDIK DAHULU NEGARA YANG INGIN KITA LAWATI
- MERANCANG 6 SEHINGGA SETAHUN SEBELUM PERGI MELANCONG
- BUAT ITINERARI ATAU ATURCARA SENDIRI
JOM Baca Seterusnya:
SELIDIK DAHULU NEGARA YANG INGIN KITA LAWATI
Tiga soalan yang perlu dijawab
sebelum memilih Negara yang ingin kita lawati:
PERTAMA; APA TUJUAN kita hendak pergi melancong? Adakah kita
pergi kerana ingin melihat keindahan alam atau hanya untuk membeli-belah?
Adakah destinasi kita itu di LUAR BANDAR atau di KOTA besar?
KEDUA; JARAK destinasi yang dituju, sama ada dekat atau
jauh? Adakah destinasi kita di sekitar Negara ASIA? Saya nasihatkan bagi yang
nak mula melancong, pergilah yang dekat-dekat dahulu dan matawangnya jauh lebih
rendah dari wang RM.
KETIGA; AKTIVITI yang terlibat semasa melancong. Apa
aktiviti kegemaran ANDA? Saya beri contoh; memancing, scuba diving, melihat
kebudayaan asing, senibina dan meneroka dari sebuah pulau ke sebuah pulau yang
lain.
MERANCANG 6 SEHINGGA SETAHUN SEBELUM PERGI MELANCONG
PERTAMA; Lihat JADUAL tahunan andaSetiap orang ada perjalanan hidup masing-masingkan? Jadual tahunan termasuklah bila anak nak cuti sekolah? Bila waktu yang kita tidak sibuk dalam carta kerjaya dan bila waktu yang paling sesuai untuk pergi membawa keluarga berjalan.
KEDUA; PENGAGIHAN PERBELANJAAN untuk pergi
bercuti
Kebaikan membuat perancangan terlebih dahulu membolehkan kita membuat
pengagihan perbelanjaan untuk kita guna sebelum bercuti dan semasa bercuti.
Contohnya:
Bulan
Januari: Booking tiket semasa Promo (Contoh: Tarikh percutian pada bulan Disember)Bulan Februari sehingga September: Simpan duit untuk booking hotel dan perbelanjaan semasa bercuti
Bulan Oktober atau November: Booking Hotel*
Bulan Disember: Pergi BERCUTI
*Jika kita membuat booking hotel melalui AGODA.COM atau BOOKING.COM sebulan
atau dua bulan lebih awal dari tarikh percutian, selalunya kita akan dapat
harga DISKAUN. Harga di internet selalunya jauh lebih murah dari harga WALK-IN.
KETIGA; YAKIN dan BERANI mengambil risiko
Sudah tentu kita tidak dapat mengetahui ketentuan ALLAH YANG MAHA
MENGETAHUI. Saya pernah membuat booking tiket untuk keluarga ke Yogyakarta pada
tahun 2010. Tarikh yang dipilih telah Allah telah menentukan bahawa Gunung Merapi
meletuskan asap abu yang sangat merbahaya dan dasyat. Alhamdulillah dengan
berkat keyakinan arwah ayah saya ketika itu, kami masih meneruskan niat kami ke
Yogyakarta. Sewaktu kami pergi, bandar Yogyakarta sangat lengang kerana situasi
darurat sebelum itu tetapi keadaannya selamat. Malah kami mendapat harga runtuh
untuk perbelanjaan Hotel IBIS yang terletak betul-betul di hadapan jalan utama
pusat membeli-belah iaitu di Jalan Malioboro.
Andaikata kita tidak dapat pergi sewaktu tarikh yang kita telah rancangkan,
kita harus REDHA dengan ketentuanNYA. Setiap kejadian ada hikmahnya.
BUAT ITINERARI ATAU ATURCARA SENDIRI
Perkara PERTAMA yang paling penting untuk membuat itinerari atau aturcara
sendiri ialah kita kena tahu peringkat UMUR kumpulan atau keluarga yang
terlibat sama semasa percutian. Tidak semua aktiviti sesuai dengan kesemua
peringkat umur. Kalau berdua sahaja kurang masalah nya kan? Hahahaha. Mungkin kena
tahu kegemaran pasangan pula.Perkara KEDUA ialah kita perlu tahu arah TUJUAN dan AKTIVITI yang sesuai dengan kumpulan yang kita bawa. Kalau jangkamasa agak lama, kekadang kita boleh membuat pengisian yang berbagai seperti, melawat tempat yang terkenal di sesuatu lokasi, membuat aktiviti lasak serta membeli-belah sekali gus. SERONOK kan? Ia juga bergantung kepada tempoh semasa percutian tersebut. Ia juga bergantung kepada minat sesebuah kumpulan. Melalui pengalaman saya, kumpulan yang saya bawa lebih meminati kepada senibina luaran dan dalaman. Oleh itu, lokasi yang kami lawati kebiasaannya BUKAN LOKASI BIASA untuk para pelancong.
KETIGA, pengisian aturcara hendaklah realistik mengikut waktu
tempatan dan kemampuan kumpulan yang dibawa. Biasakan bermula sesuatu aktiviti seawal
pagi kerana kita boleh mengelakkan pembaziran waktu. Ia juga boleh mengelakkan
risiko terlewat jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ketika lawatan.
Apatah lagi menghadapi situasi keadaan cuaca yang diluar kawalan kita. Setiap perancangan yang teratur pastinya membuahkan hasil yang TERBAIK. Bukan begitu? ;)
No comments:
Post a Comment